Apakah yang anda faham tentang Telekomunikasi,
Telekomunikasi adalah teknik pengiriman atau penyampaian maklumat dari suatu tempat ke tempat yang lain. Terdapat tiga bentuk komunikasi jarak jauh yang boleh dibezakan melalui tiga cara iaitu
1. Komunikasi satu arah (Simplex)
Dalam komunikasi satu arah atau Simplex ini, pengirim dan penerima maklumat tidak menjalin komunikasi yang berkesinambungan melalui alat media yang sama seperti contoh Television dan radio.
2. Komunikasi Dua Arah (Duplex)
Dalam Komunikasi dua arah atau Duplex, pengirim dan penerima maklumat dapat menjalin komunikasi yang berkesinambungan melalui alat media yang sama seperti contoh Telefon bimbit dan VOIP.
3. Komunikasi Semi Dua Arah (Half Duplex)
Dalam Komunikasi Semi dua arah atau Half Duplex, pengirim dan penerima maklumat berkomunikasi secara bergantian namun tetap berkesinambungan seperti contoh Walkie talkie, Chat Room dan lain-lain.



Comments
Post a Comment